Monday, 3 September 2012

Wedding Sharz dan Sham

Alhamdulillah...kita masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk bertemu lagi pada kali ini. Berbalik kepada gambar perkahwinan, kali ini saya telah berpeluang untuk shoot di kawasan yang agak jauh dari KL iaitu Kuala Selangor dan peluang kali ini untuk shoot di situ adalah jemputan dari sahabat baik saya iaitu Brader Lat. Walaupun di atas kertas Kuala Selangor agak jauh, namun percaya atau tidak, perjalanan dari rumah saya di Taman Melati, Gombak hingga ke pekan Kuala Selangor hanya mengambil masa 50 minit melalui Lebuhraya Latar. Walaupun jauh, tetapi dengan adanya lebuhraya baru tersebut maka dapatlah kita untuk membeli hasil tangkapan laut yang segar di sana dengan pantas! berbaloi kan? :)
 
Client pada kali ini bernama Shazana dan Sham....kedua2 mempelai agak malu dan kekok untuk bergambar pada permulaannya. Namun setelah beberapa jam bertemu dan bekerjasama, kedua-dua mempelai dapat memberikan pose2 yang menarik untuk mereka tatapi hingga ke hujung nyawa mereka. Ribuan terima kasih kepada Brader Lat atas jemputan ini. Akhir sekali, layan seketika antara shot yang saya ambil ketika di Kuala Selangor. Enjoy!
 
 

                                                                               

                                                                             



                                                                                     
                                                                           
                                                                                 
                                                                                   
                                                                                 

 





Monday, 16 July 2012

PREGNANCY POTRAITS

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita pada kali ini. Sekali lagi saya ingin membawa kelainan mengenai gambar yang saya akan kongsi kepada anda di blog saya ini. Walaupun saya lebih dikenali dengan jurugambar perkahwinan, saya ingin mencuba dan mempelbagaikan jenis gambar yang saya ambil untuk menambah kebolehan saya dan anda juga tidak akan bosan apabila melihat gambar-gambar di sini. Kali ini, saya kongsi kepada anda tentang peluang saya untuk shoot satu "pregnancy potraits" di Bukit Serdang pada 14 Julai 2012 yg lepas. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada sahabat baik saya dalam dunia fotografi iaitu Brader Lat kerana sudi menjemput saya ke sesi photoshoot ini. Untuk makluman semua, pasangan di dalam gambar ini adalah sahabat Brader Lat sendiri iaitu Mai dan suaminya Helmi. Oklah...saya kongsi kepada anda antara gambar-gambar yg sempat saya ambik pada hari tersebut...semoga berjumpa lagi....enjoy !!!:)









Thursday, 5 July 2012

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN BANGUNAN DAN LOGO BARU MIDA PADA 3 JULAI 2012

Assalamualaikum semua....

Berjumpa lagi kita pada entry kali ini. Setelah sekian lama saya mengemaskini blog mengenai cerita dan gambar perkahwinan, makan pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu majlis rasmi yang berlaku di pejabat saya yang terletak di MIDA Sentral, Kl Sentral. Pada tarikh keramat 3 Julai 2012, alhamdulillah bangunan dan logo baru kami telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Saya selaku warga kerja MIDA merasa amat berbangga dengan perasmian yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ini. Tambahan pula saya menjadi jurugambar tambahan bagi membantu Official Photographer (OP) MIDA pada hari tersebut. Sekalung penghargaan kepada OP MIDA kerana memberi saya peluang untuk turut merakamkan detik bersejarah ini. Kepada anda, saya kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar yang sempat saya shoot bermula dari awal majlis sehinggalah selesainya majlis.

Sehingga bertemu lagi.....Enjoy :)