Monday 3 September 2012

Wedding Sharz dan Sham

Alhamdulillah...kita masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk bertemu lagi pada kali ini. Berbalik kepada gambar perkahwinan, kali ini saya telah berpeluang untuk shoot di kawasan yang agak jauh dari KL iaitu Kuala Selangor dan peluang kali ini untuk shoot di situ adalah jemputan dari sahabat baik saya iaitu Brader Lat. Walaupun di atas kertas Kuala Selangor agak jauh, namun percaya atau tidak, perjalanan dari rumah saya di Taman Melati, Gombak hingga ke pekan Kuala Selangor hanya mengambil masa 50 minit melalui Lebuhraya Latar. Walaupun jauh, tetapi dengan adanya lebuhraya baru tersebut maka dapatlah kita untuk membeli hasil tangkapan laut yang segar di sana dengan pantas! berbaloi kan? :)
 
Client pada kali ini bernama Shazana dan Sham....kedua2 mempelai agak malu dan kekok untuk bergambar pada permulaannya. Namun setelah beberapa jam bertemu dan bekerjasama, kedua-dua mempelai dapat memberikan pose2 yang menarik untuk mereka tatapi hingga ke hujung nyawa mereka. Ribuan terima kasih kepada Brader Lat atas jemputan ini. Akhir sekali, layan seketika antara shot yang saya ambil ketika di Kuala Selangor. Enjoy!