Saturday 18 February 2012

MIDA ANNUAL DINNER WITH SHILA AMZAH IN DA HOUSE

Assalamualaikum...

Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kumpulan saya iaitu Imsyadzain atau shortformnya ISZ telah dipilih oleh pihak pengurusan MIDA untuk menjadi Official Photographer bagi majlis makan malam tahunan MIDA yang bertemakan "Fairy Tail Night". Saya dan kesemua ahli ISZ kecuali Principal iaitu saudara Afrozaini Zainudin telah berhempas pulas dengan menggunakan segala kreativiti kami bagi mengambil gambar pada malam tersebut. Alhamdulillah, saya, Wan Mahazir, Shaffik Mustapha, Brader Lat dan Ishaq Shaari berasa puas kerana staff MIDA semuanya amat sporting dan tidak kekok untuk melakukan "posing" apabila diminta. Kami juga berapa amat puas setelah dapat mengambil gambar artis pada malam tersebut iaitu Shila Amzah dari jarak dekat. Shila juga amat sporting dengan melakukan gaya manjanya apabila menyedari lensa kamera kami sedang difokuskan tepat pada mukanya. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan makan malam tahunan MIDA ini. Andai murah rezeki kami....kumpulan kami akan dipilih sekali sebagai OP pada dinner tahun ini...InsyaAllah.....kepada anda.... beberapa gambar Shila Amzah untuk tatapan anda......jumpa lagi...:)