Rasanya inilah kali pertama saya menulis di blog ini setelah sekian lama hanya dipenuhi dengan gambar2 sahaja.
Hmmmmmm.....sekarang dah 5 Disember 2011...tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menuju ke tahun baru. Pada tahun 2011 ini ramai yang telah melangsungkan perkahwinan termasuklah beberapa orang sahabat saya sendiri. Alhamdulillah....jodoh dah sampai...maka apa tunggu lagi....nanti menyesal dan takut melepas...hehe....
Bercakap tentang tahun 2012 yang bakal menjelma...saya pasti ramai yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Tahniah saya ucapkan.....bak kata orang tua2....berkahwin biarlah sekali seumur hidup dan jadikanlah detik perkahwinan anda satu memori indah yang tidak akan dilupakan. Tapi bagaimana untuk anda abadikan memori indah tersebut? Hanya satu cara...dengan mengambil gambar detik-detik manis tersebut....
Kepada anda yang melayari blog saya ini dan berhasrat untuk mencari jurugambar majlis perkahwinan anda...maka anda telah membuat keputusan yang tepat....anda boleh melihat contoh-contoh gambar hasil kerja seni saya.....dan juga melihat harga pakej-pakej saya. Jarang sekali jurugambar meletakkan harga pakej mereka di blog atau domain masing-masing....dengan alasan takut orang lain akan meniru atau menciplak pakej mereka. Itu semua memang ada betulnya...saya tetap yakin dengan pakej dan imej saya sendiri walaupun akan ada orang lain cuba meniru atau menciplak pakej-pakej saya....:)
Saya juga ingin mengumumkan bahawa kepada 10 pelanggan pertama saya untuk tahun 2012 ini, anda layak untuk mendapat diskaun atau rebet sebanyak 10% daripada jumlah harga pakej yang anda pilih. Agak banyak juga diskaun yang diberi ini sebenarnya...akan tetapi demi menghargai minat dan usaha anda untuk mencari saya...maka anda layak untuk menerima diskaun tersebut.
Pesanan saya...jika anda memilih saya sebagai jurugambar perkahwinan anda...pilih la saya berdasarkan hasil seni saya....dan bukan pilih saya berdasarkan harga pakej saya......Bak kata pepatah....tak kenal maka tak cinta....bila anda dah kenal saya...maka pasti anda akan kenal hasil kerja seni saya...
Sehingga berjumpa lagi....wassalam...
No comments:
Post a Comment