Alhamdulillah...berjumpa kita sekali lagi untuk entry kali ini. Setelah sekian lama daya tidak mengemaskini blog ini, makan hari ini baru lah boleh sy berbuat demikian. Ada masalah teknikal sikit dengan blog saya ini yang mana saya tidak boleh log in...mungkin ada serangan virus. Tapi tak mengapa...saya dah boleh update semula.
Entry pada kali ini adalah mengenai pelanggan pertama saya untuk tahun 2012 iaitu Puan Habsah dan Encik Hasrul. Majlis pernikahan telah berlangsung pada 27 Januari 2012 (Jumaat) bertempat di Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Kelang Lama. Majlis telah diadakan selepas solat Jumaat dan pasangan Habsah dan Hasrul tidak berseorang kerana terdapat satu lagi pasangan yang bernikah pada masa yg sama. Alhamdulillah...majlis telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya tidak berseorang pada hari itu kerana ditemani oleh sahabat baik saya dalam dunia fotografi iaatu Brader Lat. Untuk pengetahuan semua, Brader Lat juga adalah salah seorang jurugambar yang ada dalam kumpulan Imsyadzain. Pada sebelah petang iaitu selepas Asar pula telah berlangsung majlis khatam Al Quran.
Majlis resepsi telah diadakan di rumah Puan Habsah pada keesokan harinya yang tidak jauh dari Masjid Abdul Rahman bin Auf.Alhamdulillah...majlis telah berjalan dalam keadaan baik dan pada sebelah petang, sesi outdoor telah diadakan di sekitar tasik Kelana Jaya. Pasangan pengantin telah memberikan kerjasama yang amat baik dan dibawah ini adalah antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis perkahwinan berlangsung....enjoy!...:)
No comments:
Post a Comment